Minggu, 13 Januari 2008

Peranan Wanita Dalam Islam

Bagi memperkatakan peranan wanita dalam Islam, kita akan memperkatakan lebih dahulu tentang Islam itu sendiri. Islam itu bukan rekaan. Islam itu bukan buatan manusia. Ia adalah satu kebenaran dari Tuhan. Kalau kita katakan ia kebenaran dari Tuhan, ia ada bentuknya yang tersendiri. Ia juga mempunyai dasar yang tersendiri.Kalau hendak kita contohkan, ia seperti benda-benda lain juga, cuma yang ini berbentuk maknawi dan rohani. Sebagai contoh kita lihat buah pisang. Pisang itu, jika ditukar namanya kepada nama-nama lain, hakikatnya tetap tidak berubah iaitu ia adalah pisang. Namanya boleh berubah tetapi hakikatnya tidak akan berubah. Perubahan nama tidak akan mengubah hakikat. Jadi kalau orang hendakkan pisang, kita pula berikan epal, maka itu sudah tidak benar. Pisang tidak akan berubah menjadi epal walaupun namanya boleh diubah. Kalau seseorang itu tidak suka menyebut pisang, boleh sahaja dia memanggilnya dengan nama lain tetapi hakikatnya tidak boleh berubah. Pisang tetap pisang.Begitu juga Islam sebagai agama dari Tuhan. Sama seperti pisang tadi cuma ia bersifat maknawi dan rohani. Namanya juga boleh diubah. Kalau seseorang itu tidak mahu sebut Islam, maka disebutlah dengan nama-nama yang lain, tetapi hakikatnya tetap Islam.Islam itu pada namanya pun sudah cantik. Islam itu ertinya selamat dan menyelamatkan. Indah dan cantik ertinya. Cuma pada hari ini kita lihat Islam itu tidak begitu. Lebih-lebih lagi apabila Islam itu diperjuangkan secara militan. Apabila Islam jadi militan ertinya ia telah berubah bentuk dan dasarnya. Ertinya itu bukan Islam walaupun slogannya Islam. Ia sama seperti kalau ada orang meminta pisang lalu diberi epal, sudah tentu ia tidak betul. Begitulah Islam itu selamat dan menyelamatkan, sedangkan militan itu merosakkan.Jadi peranan wanita dalam Islam bererti peranan wanita kepada satu agama yang selamat dan menyelamatkan. Peranan wanita dalam satu agama yang namanya Islam, iaitu selamat dan menyelamatkan. Inilah yang akan diperbahaskan dalam bab ini.Islam itu juga dikatakan agama fitrah. Ia sesuai dengan instinct atau naluri manusia. Maka instinct atau naluri atau fitrah itu adalah satu pakej yang ada dalam diri manusia yang terdiri dari akal, roh, nafsu dan jasadnya. Keempat-empat perkara itu tadi ia sandar-menyandar, kuat-menguatkan dan perlu-memerlukan di antara satu sama lain. Ia tidak boleh bertindak sendiri.Daripada empat perkara yang ada dalam pakej ini, yang boleh dilihat dengan mata kasar hanya jasad lahir. Akal, roh dan nafsu tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tetapi yang tiga inilah yang paling penting dan besar peranannya. Fizikal hanya mengikut sahaja. Suruh buat, ia buat. Suruh pergi, ia pergi. Tidak ada pilihan. Kecuali kalau dia lumpuh atau kakinya patah. Jika tidak, ia akan bertindak atas arahan tiga unsur tadi.- Roh itu peranannya ialah berperasaan seperti rasa suka, benci, senang dan lain-lain.- Nafsu pula peranannya merangsang atau mendorong.- Akal pula memikirkan apa yang dirasai tadi serta apabila didorong oleh nafsu, bagaimana untuk berbuat. Setelah berfikir, ia mendapat satu kaedah lalu ia mengarahkan fizikal untuk bertindak.Berdasarkan ini, iaitu bilamana ada perasaan, dorongan dan fikiran, maka hasilnya kita dapati tabiat semula jadi manusia itu berkemajuan. Dengan adanya pakej tadi, manusia berkemajuan. Tidak seperti haiwan. Haiwan itu kalau dahulu telanjang, sampai sekarang pun masih bertelanjang. Ia tidak berubah kerana tidak ada pakej kemajuan dalam dirinya. Kalau pokok-pokok kayu itu lebih-lebih lagilah tidak berkemajuan. Ia langsung tidak ada perasaan, akal atau nafsu. Kalau ia maju pun kerana dimajukan oleh manusia. Dari hutan dibina rumah hingga kelihatan cantik. Namun bukan kerana ia majukan dirinya sendiri tetapi manusia yang memajukannya. Kalau manusia boleh hidup 1000 tahun lagi, entah apa bentuk kemajuan lagi yang manusia akan bangunkan. Kenderaan seperti kereta dan kapal terbang mungkin tidak lagi seperti yang ada pada hari ini.Jadi jelaslah kepada kita bahawa watak manusia itu ialah bertamadun. Tabiat bertamadun itu pula, bukan hanya berlaku kepada orang lelaki sahaja. Di sinilah isi perbahasan kita. Kejadian lelaki dan wanita itu adalah sama. Kejadian asal adalah dari tanah. Kejadian yang kedua dari air mani. Sebab itu tabiatnya sama. Tidak ada perbezaan. Kalau lelaki ada persiapannya untuk maju, wanita juga begitu.Kalau begitulah Tuhan jadikan watak perempuan yang sama dengan lelaki dalam hal tabiatnya yang berkemajuan, maka adalah salah kalau watak itu dikorbankan. Adalah salah jika sifat madaninya iaitu sifat berkemajuan atau sifat hadharinya iaitu sifat mahu bertamadun dihalang. Sifatnya sama dengan lelaki dan tidak boleh berubah.Jadi kalau Tuhan jadikan dalam diri seorang perempuan sama dengan lelaki iaitu ada watak hendak maju, andainya disekat, itu adalah satu kesalahan dan satu penzaliman. Jika tidak, maka untuk apa Tuhan jadikan watak hendak maju di dalam diri seorang perempuan itu. Apabila Tuhan menjadikannya berwatak madani, ertinya Tuhan membenarkannya bertindak untuk maju. Kemajuan itu pula dalam semua sudut seperti makan minum, rumah, kenderaan dan lain-lainnya. Tidak boleh dihalang atau disekat. Sebab unsur-unsur itu ada dalam dirinya sama seperti lelaki juga.Cuma Tuhan dengan kasih sayang-Nya tidak mahu kemajuan itu semata-mata untuk kemajuan kerana dalam kemajuan itu ada bahayanya. Oleh itu Tuhan buatkan peraturan. Dorongan rasa hendak maju itu sudah cantik tetapi Tuhan itu penyelamat. Dia sangat berbelas kasihan kepada hamba-hamba-Nya lalu ditetapkan supaya maju tetapi jangan ada huru-hara. Maju tetapi jangan ada negatifnya. Jangan ada jenayah dan penzaliman. Sebab itu Tuhan buat peraturan. Hendak maju boleh tetapi ada syaratnya.Contohnya, hendak maju boleh tetapi jangan ada rasuah. Orang benci rasuah. Jangan bergaduh dan jatuh-menjatuhkan. Apa ertinya maju kalau bergaduh. Boleh maju tetapi jangan bergaul bebas lelaki perempuan. Sebab, kalau sudah bebas dan berlaku berbagai salah laku dan maksiat antara lelaki dan perempuan, maka tiada ertinya maju. Nanti dalam maju ada penzinaan, ada pelacuran, ada perogolan dan ada penculikan. Hasilnya tidak ada erti apa-apa kemajuan itu.Sebab itu Tuhan buat peraturan supaya semua selamat. Kaum ibu turut boleh berkemajuan. Boleh menjadi doktor, jurutera dan lain-lainnya. Kemajuan yang dibangunkan itu faedahnya untuk umum, bukan untuk dirinya sahaja. Faedahnya merata tetapi disiplin kena jaga. Peraturan itu penting supaya bila berkemajuan jangan ada yang negatif. Apa ertinya maju kalau balik ke rumah bergaduh dengan suami kerana tidak ada disiplin? Apa erti maju jika suami tinggal di rumah, isterinya pulang ke rumah jam dua pagi?Tuhan benarkan maju sebab ada watak maju tetapi Tuhan buat peraturan supaya dalam maju jangan ada negatif. Tentu tidak boleh diterima jika di atas nama ingin maju, seorang isteri pulang ke rumah jam dua pagi. Fitrah setiap suami adalah sama. Kalau isteri pandai memandu kapal terbang tentu suami turut berbangga. Tetapi kalau balik ke rumah pukul dua pagi, mana ada suami yang boleh terima.Mengapa kalau hendak maju kena korbankan rumah tangga? Mengapa tidak boleh diprogramkan? Kita semua hendak maju tetapi kalau sampai balik pukul dua pagi, ia tidak betul dan boleh membawa kepada hilangnya kebahagiaan rumah tangga. Fitrah semua manusia adalah sama.Mengapa pemimpin-pemimpin Islam di dunia dan ulama-ulama Islam tidak boleh susun jadual. Wanita boleh maju tetapi hendaklah diprogramkan atau dijadualkan. Yang penting ada peraturan. Ini peranan pemimpin. Hendakkan kemajuan itu tidak boleh dihalang tetapi kalau dibiarkan akan membawa perkara negatif. Apa ertinya isteri-isteri yang maju boleh membuat kereta tetapi pulang ke rumah dihantar pula oleh lelaki yang suami pun tidak kenali.Jadi wanita juga seperti lelaki, ada kecenderungan untuk berkemajuan. Ia boleh dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara. Yang salahnya pemimpin tidak programkan. Akhirnya sama-sama naik. Maju pun naik, jenayah pun naik. Maju pun naik, krisis pun naik. Maju pun naik, dedah aurat pun naik. Apa ertinya wanita kita maju tetapi berbagai perkara negatif berlaku. Masalahnya bukan tidak boleh maju tetapi pemimpin tidak disiplinkan. Biarlah maju dalam disiplin, barulah selamat dan menyelamatkan.
Sajak
Keindahan dan KecantikanSeorang Wanita
Malu pada seorang wanita itusebenarnya di situlah letaknyakeindahan dan kecantikannyaBersopan santun, berakhlak muliamaruahnya dijagakerana ia adalah harga dirinyaPandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabasPakaiannya kemas tapi tidak menampakkanterlalu mewah atau menunjuk-nunjukdan tidak pula terlalu rendah mutunyakecuali tidak adaBerbudi bahasa, peramah dan mesratapi tidak mengada-ngadaAuratnya dijaga tidak didedahkankepada yang bukan muhramnyaMatanya selalu ditundukkanterutama kepada laki-laki ajnabikecuali perlu sahajaBahasa bersahajamengikut fitrah semula jadinyatidak dibuat-buatatau mengada-ngadaPercakapannya dijagatidak menyindir-nyindiratau mengata-ngata orangatau memuji-muji diri dan keturunannyaSuaminya dihormati dan ditaatinyakeluarga suaminya dimuliakannyaBerkasih sayang dan berlemah lembutdengan anak-anaknyatetapi tidak terlalu dimanjadan dimewah-mewahkanRajin bekerja dan mengemaskan rumah tanggabudaya hidupnyaBeribadah dengan Tuhan tidak diabaikanbahkan istiqamah ibadahnyaJiran dan kehormatan jiran sangat dijagamacam menjaga keluarganyaKetika berjalan jauh bersama muhramnyaatau bersama 3 orang wanitayang boleh dipercayaTidak tamak, tidak bakhilsentiasa baik sangkadengan suaminyaApatah lagi cemburudan prejudis dengan suaminyatidak ada di benak kepalanyaJika suaminya susahsanggup bersama-sama susahdengan suaminyaTidak suka meminta-minta dengan suaminyakecuali terlalu perlu sahajaTidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik"Abang ke mana? Dari mana?Buat apa di sana?Mengapa lambat balik?"Suaminya balik disambutdan dilayan dengan baikDi waktu itu dia tahu dan fahamapa keperluan suaminya.Hingga sikapnya itu suaminya senangtenang, terhibur dan lapang fikirannyaTidak meninggikan suara dengan suaminyakalau dia bersalah cepat meminta maafdengan suaminyaKesalahan dan kesilapan suaminyadilupa-lupakan sahajaTidak mengungkit-ungkit suaminyasekalipun di waktu dia tidak senangdengan suaminyaItulah kecantikan dan keindahanseorang wanita.Manalah hendak kita cariwanita semacam ini sekarang?

Tidak ada komentar:


KELUARGAKU - HARAPANKU

KELUARGAKU - HARAPANKU